Alhamdulillah…

16 Januari 2017; Public Gold secara rasminya telah menerima pengesahan patuh syariah daripada penasihat syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 urusniaga iaitu:

  • Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase)
  • Belian iasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase @ EPP)
  • Jualan Balik (Buy Back)

Nak tahu siapa Amanie Advisors?. KLIK DI SINI.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara lani (spot) ketika majlis akad. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emassupaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini memerlukan situasi yang khusus seperti 3 urusniaga di atas kerana sesuatu hukum agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

#1 – Belian Biasa Dengan Bayaran Penuh  (Outright Purchase)

  1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Pembayaran: Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pengambilan emas: Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

#2 – Belian Biasa Dengan Bayaran Berperingkat (Easy Payment Purchase @ EPP)

  1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Pembayaran secara berperingkat: Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pengambilan emas: Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

#3 – Jualan Balik (Buy Back)

  1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Penyerahan emas: Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun: Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Public Gold adalah syarikat emas pertama yang mendapat sijil patuh syariah ini di Malaysia. Proses pengesahan bagi produk-produk yang lain masih diteruskan. Antaranya adalah akaun emas Gold Accumulation Program (GAP), PG Mall, dan Gold Payment System (GPS). Pihak Public Gold akan buat pengumuman dari semasa ke semasa perkembangan ‘Certification’ ini.

Dengan pengesahan ini juga, pihak Amanie Advisors akan membuat audit berkala terhadap Public Gold untuk memastikan urusniaga yang dijalankan adalah mengikut syariah.

Mudah-mudahan Public Gold  akan menjadi model yang boleh dicontohi oleh syarikat-syarikat emas lain tertutamanya di Malaysia. Semoga semua orang boleh beli emas tanpa was-was. InsyaAllah.