#1 Penyimpan Emas

  • Beli emas pada apa harga sekalipun.
  • Beli emas secara konsisten walaupun hanya beli 1gram.
  • Untung apabila gram emas sentiasa bertambah setiap kali pembelian.
  • Harga emas turun senyum sebab boleh tambah belian.
  • Harga emas naik senyum sebab nilai kekayaan meningkat.

#2 Pelabur Emas

  • Beli emas pada harga rendah, jual pada harga tinggi
  • Keuntungan dalam bentuk duit (RM).
  • Jiwa resah bila harga turun, jiwa berbunga bila harga naik.
  • Buat belian emas dalam jumlah yang besar.

#3 Peniaga Emas

  • Beli emas pada apa harga sekalipun.
  • Keuntungan dalam bentuk duit (RM) apabila berlakunya jualan.
  • Gram emas boleh bertambah apabila keuntungan jualan emas dipusing balik untuk beli emas yang lain.
  • Mestilah aktif dalam membuat promosi.

Anda perlulah kaji dan tentukan posisi anda sebagai pembeli emas. Kalau tanya pada saya, posisi sebagai penyimpan emas adalah yang paling bagus. Ini kerana anda belajar untuk fokus dan konsisten dalam membina kekayaan. Bak kata pepatah “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”.