Sejak tahun 2008 lagi, semua produk Public Gold dikenakan ‘Gold Premium’.

Sebelum GST dilaksanakan, ianya dikenali sebagai ‘Transportation Charge atau dalam bahasa mudahnya adalah kos penghantaran dan insurans emas dari kilang ke cawangan Public Gold.

Kini, Public Gold telah bekerjasama dengan Nadir Metal Refinery (Turki) bagi menghasilkan emas yang mempunyai akreditasi LBMA (London Bullion Market Association). Apa itu LBMA? KLIK DI SINI.

Dari Turki emas ini dihantar. Jadi sudah tentulah ada kosnya dan itulah yang dipanggil ‘Gold Premium‘.

Gold Premium di kenakan samada BELIAN BIASA atau melalui BELIAN GAP. Apa itu GAP? KLIK DI SINI.

#1 – Belian Biasa = Harga di Laman Web + Gold Premium (bayar terus).

#2 – Belian GAP = Harga di Laman Web + Gold Premium (bayar ketika ingin keluarkan emas tersebut mengikut item).

Kadar Gold Premium adalah berlainan dan mengikut item yang dikeluarkan. Rujuk  jadual ini.

Katakan anda sudah ada 11gram emas di dalam akaun emas GAP. Anda boleh pilih nak keluarkan item seperti di bawah:

  • 1gram x 10 keping. Gold Premium; RM10 x 10 = RM100 ATAU
  • 5gram x 2 keping. Gold Premium; RM10 x 2 = RM20 ATAU
  • 10gram x 1 keping. Gold Premium; RM15 x 1 = RM15.

Semakin besar item, semakin kecil kadar premiumnya. Jadi, buatlah pilihan yang bijak. Walaupun emas Public Gold dikenakan ‘gold premium’, namun harganya masih rendah jika nak dibandingkan dengan harga pasaran.